Viva Voce (Peperiksaan Oral)
Viva Voce akan ditetapkan oleh PPS sebaik sahaja semua laporan dari Pemeriksa Luar dan Dalaman telah diterima. Selepas viva voce, pelajar perlu mendapatkan maklumat / komen dan laporan untuk membuat pembetulan dan penambahbaikan tesis seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Tesis. Ini boleh diperolehi secara langsung daripada Setiausaha Jawatankuasa Peperiksaan Tesis di CPS.
Pelajar akan diberi tempoh tertentu untuk membetulkan dan menyiapkan tesis.Pelajar dinasihatkan untuk berjumpa dengan penyelia utama untuk tujuan pembetulan.
Walau bagaimanapun, jika seseorang pelajar dikehendaki oleh Jawatankuasa Peperiksaan Tesis menghantar semula untuk penilaian, ia akan dianggap sebagai satu salinan baru.