Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Pengenalan PPS-UMK

Pada mulanya Pusat Pengajian Siswazah UMK (PPS-UMK) dikenali sebagai Unit Penyelidikan dan Pengajian Siswazah. Sebagai pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan lepasan ijazah dan kecemerlangan akademik di UMK, Universiti telah mengambil langkah ke hadapan untuk menjenamakan semula Unit Penyelidikan dan Pengajian Siswazah kepada Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPS-UMK).

PPS-UMK telah ditubuhkan secara rasminya pada 14 April 2012 dengan tujuan untuk mengurus dan menyelaras semua program pacasiswazah yang ditawarkan oleh UMK. Kepelbagaian program pengajian siswazah di UMK dapat dilihat melalui bidang penyelidikan yang dijalankan oleh ahli-ahli fakulti dan sehingga kini terdapat lebih daripada 32 bidang penyelidikan telah dilakukan.