Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

Ketibaan@UMK

Perjalanan dengan Bas / Keretapi

Sekiranya menggunakan jalan darat, Kota Bharu dihubungkan dari bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan lain-lain. Anda boleh menggunakan pengangkutan bas di Stesen Bas Kota Bharu ke Pengkalan Chepa pada setiap 25 minit. Selain itu, pengangkutan keretapi juga boleh diperolehi di Kelantan yang dapat dihubungkan ke Kuala Lumpur. Kemudahan ini amat sesuai bagi mereka yang gemar menaiki keretapi. Stesen keretapi di Kelantan berpusat di Wakaf Bharu mengambil masa selama 10 jam untuk ke Stesen Sentral Kuala Lumpur. Terdapat pilihan katil yang ditawarkan di dalam perkhidmatan keretapi ini.

Perjalanan Melalui Udara

Perjalanan menggunakan pengangkutan udara dari Lapangan Terbang Antarabangsan Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan mengambil masa satu jam penerbangan. Terdapat 12 penerbangan setiap hari dari KLIA ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo dan Fireflyz. Manakala, jarak perjalanan ke Kampus Kota, UMK mengambil masa 10 minit atau 3 km memandu dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.